Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Penduduk Kpg Mumiang Berharap Dapat Pampasan, 7 Tan Ikan Ternakan Dalam Sangkar Mati

5:48pm 27/11/2015 Pak Roshan 1276 views Mutakhir,Sandakan,Tempatan
gambar hiasan

gambar hiasan

KINABATANGAN : Penduduk di kawasan tanah lembap terbesar di Malaysia yang kerugian RM100,000 apabila tujuh tan pelbagai jenis ikan termasuk kerapu dan jenahak yang diternak dalam sangkar mati dalam tempoh semalaman, berharap mendapat pampasan.

“Sebelum Subuh pada 20 Nov, kami dapati ada sesuatu yang tidak kena dengan ikan yang diternak dalam 50 sangkar.

Menjelang pagi, kebimbangan mereka menjadi kenyataan. Semua ikan ternakan terapung tak bernyawa, kata ketua Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Mumiang Mada Hussin.

Para penduduk peprcaya ia disebabkan bahan pencemar dari estet kelapa sawit, yang mungkin mengalir ke dalam sungai Malangking, anak sungai Kinabatangan berikutan hujan lebat selama lima hari berturut-turut.

Kampung Mumiang terletak di muara sungai Kinabatangan dan kira-kira sejam perjalanan dengan bot laju dari Sandakan.

“Kali terakhir kami kehilangan ikan pada skala seperti ini adalah empat tahun lalu. Kali ini kami perlu diberi pampasan namun yang penting, kami mahu pihak berkuasa memberikan kami laporan mengenai hasil siasatan mereka.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan melalui Forever Sabah, satu program yang disertai pelbagai pemegang taruh bagi menyokong usaha peralihan kerajaan negeri Sabah ke arah ekonomi yang pelbagai dan saksama, beliau berkata ternakan ikan dalam sangkar itu merupakan sumber pendapatan utama para penduduk.

“Kebiasaannya, kami simpan ikan untuk kegunaan sendiri dan menjual bakinya. Kami telah kehilangan segalanya,” katanya.

Kerugian boleh mencapai RM100,000 menyebabkan 50 keluarga dalam dilema kerana mereka tidak lagi bergantung kepada usaha menangkap ikan di sungai berdekatan disebabkan sumbernya yang semakin berkurangan.

Para penduduk kini menunggu keputusan daripada sampel yang diambil Jabatan Perikanan selepas melaporkan insiden itu dengan segera kepada agensi yang berkaitan.

Mereka juga ingin tahu dapatan Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Perhutanan Sabah.

Dalam sidang Dewan Negeri pada Selasa, anggota Dewan Undangan Negeri Sukau Datuk Saddi Abdul Rahman mahu perkara itu disiasat.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan