Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penduduk Kiulu bakal nikmati perkhidmatan Internet lebih baik

Jailani (tengah) berbincang sesuatu dengan Joniston (dua dari kiri). - foto Jabatan Penerangan
Jailani (tengah) berbincang sesuatu dengan Joniston (dua dari kiri). – foto Jabatan Penerangan

KIULU – Penduduk di sekitar Kiulu bakal menikmati perkhidmatan komunikasi dan Internet apabila empat menara baru di kawasan tersebut siap seawal pada Julai ini.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata, empat menara itu adalah menara terawal dibina daripada 79 buah menara untuk Sabah seperti yang telah diumumkan semasa pembentangan bajet baru-baru ini.

Pada masa ini, katanya, pihak kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang giat melaksanakan pelbagai usaha seperti perluasan liputan selular dengan projek TIME 2 dan TIME 3, Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) dan Kampung Tanpa Wayar.

“Menerusi Projek TIME 3, empat lokasi pembinaan menara baru telah dikenalpasti iaitu di Kampung Tomis dan Kampung Tiong Ratau (melalui jalan Nabalu) serta Kampung Sinorut dan Kampung Gonisip (melalui jalan Kiulu).

“Setiap menara menelan kos sebanyak RM1 juta dan akan dibina secara berperingkat,” katanya semasa Program Perjumpaan bersama Pemimpin Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kiulu bagi Pelaksanaan Projek Peluasan Liputan Selular anjuran SKMM di Dewan Kampung Tulong, di sini hari ini.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu merangkap Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah, Datuk Joniston Bangkuai; Ketua Pegawai Kawalselia Industri SKMM, Toh Swee Hoe; Pengarah Wilayah Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan SKMM, Juslly Elis dan Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan Sabah, Yunus Saprin.

Menurut Jailani, Kiulu juga menempatkan 10 Kampung Tanpa Wayar 1Malaysia iaitu di Kampung Poturidong, Malangang Zon 1, Malangang Zon 2, Pekan Kiulu, Tamparuli, Sawah, Monggis, Malangan Kiulu, Ramindako Kiulu dan Pukak.

Sebanyak 15 PI1M juga bakal diwujudkan di Sabah sebagai usaha berterusan kerajaan untuk meningkatkan kawasan liputan dan capaian kepada perkhidmatan Internet di seluruh negara. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan