Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penduduk Kg Pinapak mendapat bekalan air bersih

Pelancaran pemasangan pam air yang dirasmikan Ibrahimnuddin (tengah). foto oleh Jimmy Tan/ SayangSabah
Ibrahimnuddin (tengahmerasmikan program “Water For Life”. foto oleh Jimmy Tan/ SayangSabah
PITAS- Lebih kurang 100 buah keluarga di Kg Pinapak, di sini mendapat bekalan air bersih bermula hari ini melalui Program “Water For Life” yang dianjurkan oleh Petronas.
Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS Dagangan Bhd, Ibrahimnuddin Yunus berkata Kg Pinapak merupakan lokasi pertama di Sabah yang dipilih untuk melaksanakan program tersebut.
“Pertempatan tersebut dipilih kerana ia berada di kawasan yang agak terpencil dan hanya bergantung kepada air hujan dan air yang diambil dari sungai yang berdekatan”, katanya kepada para media semasa pelancaran Program “Water For Life”, di Kg Pinapak, di sini, hari ini.
Menurut beliau, pihak Petronas telah membuat pemasangan paip daripada sungai yang berdekatan ke dalam dua buah tangki yang boleh memuatkan 9500 liter air.
“Air sungai  tersebut disedut dengan bantuan “Generator Set” ke dalam tangki tersebut dan akan ditapis dan seterusnya disalurkan kepada penduduk di kawasan tersebut melalui paip yang telah dipasang”, tambahan beliau.
Selain itu, sebanyak RM 70,000 telah diperuntukkan oleh pihak Petronas untuk projek di kawasan tersebut.
Program “Water for Life” itu telah bemula sejak tahun  2013 dan merupakan program khidmat masyarakat yang berterusan dianjurkan oleh pihak Petronas.- Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan