Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penduduk Kg Mesilou pilih menetap di pusat pemindahan

Pihak berkuasa terus memantau keadaan banjir lumpur yang berlaku di Kampung Mesilou, Kundasang.
Pihak berkuasa terus memantau keadaan banjir lumpur yang berlaku di Kampung Mesilou, Kundasang.

KUNDASANG – Seramai 284 orang penduduk memilih untuk terus menetap buat sementara waktu di pusat pemindahan sementara Kem Bina Negara, di sini, kerana bimbang kejadian banjir Lumpur berulang.

Difahamkan, setakat jam 9 pagi tadi banjir berkenaan semakin pulih, selepas melanda di Kampung Mesilou sejak awal pagi semalam yang menyaksikan penduduk diarahkan berpindah ke kawasan selamat.

Pegawai Daerah Ranau, Faimin Kamin berkata keadaan cuaca yang tidak menentu pada masa ini menyebabkan ramai penduduk bimbang untuk kembali ke rumah masing-masing.

“Tiada halangan sekiranya terdapat penduduk yang ingin balik ke rumah masing-masing dan pusat pemindahan akan terus beroperasi sehingga keadaan disahkan selamat oleh pihak berkuasa,” katanya di sini semalam.

Dalam kejadian banjir lumpur jam 3 pagi semalam, anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) terpaksa memindahkan penduduk perkampungan terbabit ke balai raya Desa Castle sebelum ditempatkan di Kem Bina Negara, di sini.

“Pasukan bomba sedang melakukan pemantauan di lokasi kejadian dan maklumat terkini banjir akan dikemaskini dari masa ke semasa,” kata Ketua Perhubungan Awam JBPM Sabah, Mohd Affendy K.Ramin.  – Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan