Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penduduk Keningau gesa kerajaan atasi masalah air akibat kemarau

atas masalah air keningau

KENINGAU: Kira-kira 10,000 penduduk di daerah ini menggesa kerajaan supaya mengambil langkah drastik menangani masalah kekurangan bekalan air bersih di 17 kampung di sini.

Pemaju Mukim yang juga Pemaju Masyarakat Mukim Seberang Keningau, Ramian Ayub berkata, musim kemarau dan cuaca kering yang masih melanda daerah Keningau masa kini memburukkan lagi keadaan penduduk di kawasan berkenaan.

“Kita memohon pihak kerajaan mengambil kira perkara ini dengan menyediakan kemudahan Bekalan Air Bersih (BALB) di Mukim Seberang untuk kebaikan penduduk mukim ini, yang sejak sekian lama menanti infrastruktur seperti itu dibina di kawasan mereka.

“Penduduk di sini merasakan sudah sampai masanya kerajaan wajib salurkan peruntukn BALB untuk mukim ini, tambahan lagi kawasan ini terletak hampir dengan pusat Bandar Keningau,” jelas beliau.

Katanya, kampung-kampung yang terlibat Penagatan Ulu, Bomboi, Penagatan Laut, Kasugui, Magatang, Ambual, Luanti Baru, Marapok, Sodomon, Pantai Baru, Panui, Marasak, Linsudan, Kaimadang, Baitah, Mansiang dan Kiporing.

Di samping itu, katanya, terdapat enam sekolah rendah turut menerima kesan ekoran masalah berkenaan.

Menurut Ramian, isu kemarau ketika ini menyebabkan kampung-kampung yang bergantung kepada penggunaan paip graviti melalui sungai terjejas teruk, memandangkan bekalan air sungai yang semakin terhad menyukarkan keadaan.

“Air sungai di Mukim Seberang mulai kering malah terdapat batang sungai yang sudah kering ekoran kemarau ketika ini. Bekalan air hanya sampai di Taman Bersatu dan Apin-Apin ke Kapayan Baru,” jelas beliau.

Katanya, isu itu perlu diketengahkan secepat mungkin dan pihak kerajaan perlu mempunyai mekanisme bagi menyelesaikan masalah itu secepat mungkin.

Tinjauan yang dibuat pada Selasa menunjukkan keadaan Sungai Panagatan yang menjadi punca tadahan air graviti penduduk Kampung Penagatan Ulu, Kasugui dan Kiporing semakin mengering akibat cuaca kemarau.

Komen


Berita Berkaitan