Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penduduk Kemabong menanti kewujudan pekan baharu

Jamawi Jaafar (tengah) bersama kakitangan Pejabat Daerah Kecil Kemabong semasa meninjau tapak pekan baharu Kemabong baru-baru ini

TENOM: Daerah kecil Kemabong yang terletak kira kira 40 kilometer dari sini bakal berubah wajah apabila terlaksananya projek pembangunan pekan baharu di kawasan itu di tapak seluas 54 hektar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong, Jamawi Jaafar berkata, pelan struktur pembangunan pekan baharu itu telah disiapkan dan pihaknya kini menanti `lampu hijau’ daripada pihak berkuasa tempatan.

“Kita berharap projek ini dapat direalisasikan secepat mungkin untuk membolehkan lebih banyak usaha membangunkan kawasan-kawasan di luar bandar di negeri ini terlaksana,” katanya di sini baru-baru ini.

Menurut Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan, Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) sedang giat melengkapkan dokumentasi untuk memulakan  pelaksanaan pekan baharu Kemabong.

Menurut beliau, kewujudan projek pertanian yang diusahakan oleh beberapa agensi kerajaan seperti Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) dan Projek Mini Estet Sejahtera (MESEJ) yang mempunyai ramai pekerja serta penduduk setempat di kawasan itu akan merancakkan kegiatan ekonomi di pekan itu nanti.

Tambahnya lagi, sejumlah 87 unit bangunan kedai juga bakal dibina oleh LPPB  di pekan baharu Kemabong.

Usaha itu, katanya, akan menjadi anjakan kepada peningkatan taraf sosio ekonomi masyarakat setempat selain mempertingkatkan kemudahan asas yang lain. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan