Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penduduk kampung perbaiki jalan rosak

Sapawi Ahmad (tiga dari kanan) sedang memerhatikan penduduk kampung membaiki jalan tersebut.
Sapawi Ahmad (tiga dari kanan) sedang memerhatikan penduduk kampung membaiki jalan tersebut.

PRIHATIN… Semangat kerjasama yang diperlihatkan oleh penduduk Kampung Ulu Lingkungan, Sipitang dalam memperbaiki jalan raya yang rosak membuktikan segala masalah menjadi lebih mudah dan mampu diatasi.

Bagi Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad, beliau menyifatkan kerjasama tersebut membuktikan bahawa segala kekusutan atau masalah yang dihadapi mampu ditangani secara bersama.

“Apa juga kesulitan atau masalah yang dihadapi pastinya mampu ditangani menerusi semangat seumpama ini dan saya berbangga dengan semangat yang diperlihatkan oleh penduduk kampung dalam melaksanakan pembaikan jalan raya kampung ini,” katanya semasa meninjau kerja membaiki jalan raya rosak di kampung berkenaan.

Pembaikkan jalan raya tersebut dilaksanakan secara bergotong-royong oleh penduduk kampung di mana Sapawi memberikan sejumlah peruntukan untuk pembaikkan jalan raya tersebut. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan