Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,692

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Penduduk Kampung Papar Tangkap Buaya

7:27pm 13/09/2016 Pak Roshan 1481 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

buayapapar

KOTA KINABALU: Penduduk kampung berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Majakir dekat Papar terkejut selepas melihat seekor buaya berukuran dua meter panjang berhampiran sekolah pada petang Ahad.

Walau bagaimanapun, tindakan pantas beberapa lelaki yang menyedari kehadirannya berjaya menangkap reptilia itu sementara menunggu bantuan daripada pihak berkuasa.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Papar, Dunstan Peter berkata pihaknya tiba di tempat kejadian pada kira-kira pukul 2.15 petang selepas menerima panggilan daripada penduduk kampung.

“Pasukan ini memastikan buaya berkenaan diikat dengan betul sebelum membawanya pergi,” katanya menerusi kenyataan.

Tiada siapa yang cedera dalam kejadian itu. – mStar

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan