Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penduduk kampung mohon kerajaan teruskan projek khas pengorekan Sungai Kadamaian

KOTA BELUD: Penduduk daripada beberapa buah kampung di sepanjang Sungai Kadamaian menggesa Kerajaan Negeri agar menyegera dan meneruskan  “Projek Khas Pengorekan Sungai yang terjejas oleh gempa bumi di Kota Belud.

Wakil penduduk kampung,  Mohd. Dun Jamlaun berkata, projek itu telah dimulakan sejak Mac 2017 semasa Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang lalu.

Bagaimanapun projek itu telah diarah untuk  pemberhentian sementara oleh pentadbiran Kerajaan Negeri baharu pada 18 Mei 2018.

Beliau berkata, projek itu melibatkan pengorekan dan mengambilan batu serta pasir  sungai di beberapa kampung yang dikenalpasti lokasi kritikal.

Kampung-kampung tersebut ialah Kg. Lerak Engad, Kg.Menunggui, Kg. Bobot, Kg. Kota Belud, Kg. Lebak Moyoh, Kg. Siasai Tamu, Kg. Siasai Dundau dan Kg. Lingkudon.

“Pada ketika ini penduduk dari kampung di lokasi kritikal amat bimbang dan risau memandangkan kerja-kerja pengorekan telah berhenti sementara waktu sejak bulan Mei.

“Memandangkan keadaan cuaca yang tidak menentu yang akan mengakibatkan hujan lebat sehingga limpahan air yang banyak akan menyebabkan berlakunya banjir besar”, katanya.

Mohd. Dun berkata, kesan daripada kerja-kerja pengorekan ditangguhkan akan menyebabkan mendapan pasir yang terhakis akibat daripada gempa bumi sehingga menyebabkan Sungai Kedamaian semakin cetek.

Katanya, keadaan ini akan menyebabkan berlaku banjir terutama di kawasan kritikal.

Menurutnya, sekiranya berlaku banjir akan turur memberi kesan kepada Kerajaan Negeri terutamanya kemusnahan infrastruktur dan kemudahan awam kerajaan seperti jalan raya, perhentian bas, kerosakan penapis logi rawatan air dan lain-lain.

“Kesan daripada banjir juga akan menyebabkan Kerajaan Negeri mengeluarkan dana yang berterusan bagi membaik pukih kerosakan yang berulang”, tambahnya.

Mohd.Dun berkata, kesan banjir kepada rakyat pula menyebabkan kemusnahan harta benda yang tinggi termasuk tanaman dan buah-buahan yang diusahakan, selain bekalan air yang tercemar.

Katanya, Kota Belud merekodkan beberapa kejadian banjir besar yang paling serius iaitu pada 2 Januari 2015, 7 November 2015, 27 Disember 2016 dan 27 Jun 2017.

Sehubungan itu, penduduk kampung terbabit meminta Kerajaan Negeri meneruskan kerja-kerja pengorekan itu secepat mungkin./SayangSabah

Mohd.Dun Jamlaun (tiga dari kiri) bersama sebahagian penduduk kampung terlibat mahu projek disegerakan.

Komen


Berita Berkaitan