Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penduduk Kampung Likas terkejut kehadiran ikan lumba-lumba

Dr. Sandy Ling (kiri) dibantu penduduk mengangkat ikan lumba-lumba tersebut. - foto ihsan JHLS
Dr. Sandy Ling (kiri) dibantu penduduk mengangkat ikan lumba-lumba tersebut. – foto ihsan JHLS

KOTA KINABALU – Penduduk Kampung Teluk Likas di sini, dikejutkan dengan penemuan seekor ikan lumba-lumba terapung di tebing Pantai Teluk Likas, pagi tadi.

Berikutan itu, penduduk telah menghubungi Jabatan hidupan Liar Sabah (JHLS) bagi membantu menyelamatkan haiwan berkenaan.

Pengarah JHLS, William Baya berkata, operasi menyelamat spesies mamalia berukuran tiga meter panjang itu serta merta dilakukan sejurus selepas pihaknya dimaklumkan oleh penduduk kampung berkenaan, kira-kira pukul 9 pagi.

Pasukan Unit Penyelamat Hidupan Liar dan BMRI UMS membantu menyelamat ikan lumba-lumba yang ditemui di Pantai Teluk Likas. - foto ihsan JHLS
Pasukan Unit Penyelamat Hidupan Liar dan BMRI UMS membantu menyelamat ikan lumba-lumba yang ditemui di Pantai Teluk Likas. – foto ihsan JHLS

“Ikan lumba-lumba tersebut kini dirawat dan dijaga rapi di tempat khas dan kemungkinan akan dipindahkan ke BMRI (Institut Penyelidikan Marin Borneo Universiti Malaysia Sabah) untuk rawatan dan penjagaan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini.

William berkata, pihaknya menghantar Unit Penyelamat Hidupan Liar ke kawasan itu termasuk pegawai veteriner dengan kerjasama pasukan dari BMRI UMS.

Penduduk Kampung Likas yang menemui ikan lumba-lumba di Pantai Teluk Likas bersama kakitangan WRU cuba membantu menyelamat haiwan berkenaan. - foto ihsan JHLS
Penduduk Kampung Likas yang menemui ikan lumba-lumba di Pantai Teluk Likas bersama kakitangan WRU cuba membantu menyelamat haiwan berkenaan. – foto ihsan JHLS

Sementara itu, Timbalan Pengarah merangkap Veteriner Hidupan Liar JHLS, Dr. Sen Nathan berkata, ia merupakan ikan lumba-lumba jenis Risso Dolphin dan keadaan haiwan tersebut sangat lemah kerana tidak makan dan terdapat luka pada bahagian badannya.

“Pasukan veteriner kami yang diketuai oleh Dr. Sandy Ling bersama pakar BMRI UMS sedang mencuba untuk menyelamatkan dan merawatnya. Lebih 90 peratus ikan lumba-lumba yang mengalami nasib seperti ini jarang dapat diselamatkan meskipun mendapat penjagaan rapi,” ujarnya. – oleh Sitti Nor Aizzah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan