Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penduduk Islam di Kiruna, Sweden berpuasa 20 jam sehari

puasa20jam

KIRUNA: Kira-kira 700 orang penduduk Islam di sebuah bandar perlombongan di sini, terpaksa menjalani ibadah puasa selama 20 jam selepas kawasan berkenaan mengalami fenomena matahari terbit selama 23 jam.

Agensi berita Al-Jazeera melaporkan, fenomena tersebut berlaku setiap tahun antara 28 Mei hingga 16 Julai, iaitu dua pertiga tempoh Ramadan pada tahun ini.

“Saya bersahur pada pukul 3.30 pagi waktu tempatan (9.30 malam waktu Malaysia) ketika matahari terik. Saya meletakkan dua helai langsir di dalam bilik, namun cahaya matahari tetap masuk dan menganggu masa tidur saya,” kata seorang penduduk yang dikenali sebagai Ghassan Alankar.

Oleh kerana tiada sebarang ketetapan dikeluarkan berhubung masa bersahur dan berbuka di kawasan berkenaan sebelum ini, penduduk di kawasan itu menggunakan empat jadual waktu dunia untuk berbuka puasa antaranya Mesir.

Namun, bagi mengelak sebarang kekeliruan, Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah (ECFR) mengeluarkan nasihat supaya penduduk menggunakan waktu berbuka di ibu negara Stockholm yang terletak kira-kira 1,240 kilometer selatan Kiruna.

“Di Stockholm terdapat waktu siang dan malam,” kata Setiausaha Agung (ECFR), Hussein Halawa berhubung keputusan fatwa berkenaan selepas beliau mengalami sendiri pengalaman berpuasa di Kiruna.

Seorang penduduk, Idris Abdulwhab berkata, berdasarkan kepada fatwa yang dikeluarkan oleh ECFR, penduduk akan berpuasa selama 20 jam sehari.

“Saya tidak kisah sama ada 15, 25, atau 45 jam sehari kami harus berpuasa, asalkan ibadah ini diterima oleh Allah,” jelasnya sambil menambah sebagai manusia, berpuasa dalam jangka masa waktu yang panjang begitu menguji kesabaran.

Komen


Berita Berkaitan