Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penduduk gempar jumpa mayat berkafan tepi jalan

mayat tepi jalann

BUKIT MERTAJAM: Penduduk di Bukit Minyak di sini, sekali lagi digemparkan dengan penemuan mayat yang seumpama sudah siap dikafankan ditinggalkan di tepi jalan.

Dalam kejadian terbaru berhampiran Medan Selera, Bukit Minyak di sini, jam 7 pagi semalam, orang ramai yang curiga dengan bungkusan berkenaan bertindak menghubungi polis yang kemudian mengesahkan ia mengandungi mayat.

Ketua Polis negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pihaknya memandang serius perkara itu berikutan kejadian penemuan mayat dalam keadaan sama sudah berlaku beberapa kali dengan kes pertama dilaporkan awal tahun ini.

“Sejak tujuh bulan lalu kejadian sama sudah lima kali berlaku, kami sedang jalankan siasatan dengan teliti untuk mengetahui dari mana mayat itu berasal serta pihak yang meninggalkannya di tepi jalan.

“Kami sedang melakukan siasatan lanjut untuk mengenal pasti identiti mayat berkenaan serta punca kematiannya, laporan awal diperoleh ia dipercayai membabitkan lelaki warga asing,” katanya.

Ketika ditemui mayat berkenaan dipercayai dibungkus dengan kain cadar warna biru dan kuning dengan bahagian tengah badan dan kaki diikat menggunakan kain merah.

Selain itu, turut tertera pada kain cadar berkenaan adalah perkataan ‘love’ serta corak berbentuk hati.

Komen


Berita Berkaitan