Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Penduduk enggan terima mayat penyerang

10:14am 19/01/2016 Pak Roshan 1042 views Global
Kain rentang dipasang penduduk Kampung Kedungwungu di Indramayu, Jawa Barat, membantah mayat Ahmad Muazan dikebumikan di kampung itu. - Foto ANTARA

Kain rentang dipasang penduduk Kampung Kedungwungu di Indramayu, Jawa Barat, membantah mayat Ahmad Muazan dikebumikan di kampung itu. – Foto ANTARA

Jakarta: Penduduk sebuah kampung tidak bersetuju mayat seorang penyerang di Jakarta minggu lalu, dikebumikan di kampung itu.

Menurut laporan MetroTV, penyerang berkenaan dikenali sebagai Ahmad Muazan melakukan serangan bom bersama empat lagi menyebabkan tiga orang awam mati dan semua penyerang maut dengan sekurang-kurangnya tiga daripada mereka meletupkan diri masing-masing.

“Penduduk kampung ini amat bertolak ansur dan mahukan keamanan, bukan pelampau apatah lagi membunuh. Apa yang (Ahmad Muazan) lakukan mencemarkan nama baik Islam,” kata penduduk Kampung Kedungwungu di Jawa Barat, Nasrullah, kepada MetroTV.

Ketua kampung itu kini sedang berunding dengan penduduk serta keluarga penyerang berkenaan. – Reuters/HMetro

Antara barang yang ditemui pada seorang penyerang minggu lalu, termasuk pistol, bom tangan, bom buatan sendiri dan pisau.- Foto EPA/REUTERS

Antara barang yang ditemui pada seorang penyerang minggu lalu, termasuk pistol, bom tangan, bom buatan sendiri dan pisau.- Foto EPA/REUTERS

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan