Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Penduduk empat buah kampung dipindahkan

8:32pm 25/11/2015 Ann Vivien 37 views Isu Semasa,Tempatan
Beginilah keadaan banjir yang melanda beberapa buah kampung di Tenom.

Beginilah keadaan banjir yang melanda beberapa buah kampung di Tenom.

TENOM: Seramai 468 orang penduduk daripada empat buah kampung membabitkan 142 keluarga telah dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Bencana Alam ini berikutan banjir yang berlaku di daerah ini kira-ira jam 4.00 petang pada Rabu.

Pegawai Daerah Tenom Madiyem Layapan berkata, paras air sungai Padas naik 176.98 meter pada jam 4.00 petang kelmarin berikutan hujan lebat yang berterusan sejak Selasa menyebabkan beberapa buah kampung dilanda banjir.

Katanya, kampung-kampung yang terlibat terdiri dari Kg. Ponontomon, Kg. Labut 1, Kg. Labut 2 dan Kg. Lalandang.

Walau bagaimanapun katanya, bilang penduduk yang dipindahkan dijangka akan bertambah kerana proses pendaftaran masih dijalankan sehingga petang kelmarin.

Dalam pada itu katanya, bantuan makanan daripada Jabatan Kebajikan telah pun diagihkan kepada penduduk yang telah berpindah ke pusat-pusat pemindahan.-Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan