Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PENDUDUK DESAK JALANRAYA DIBAIKI SEGERA

jalan rusak

TAMPARULI: Bimbang terhadap keselamatan pengguna jalan dan ancaman tanah runtuh, para pemilik kedai serta penduduk yang prihatin mendesak pihak berkaitan agar segera membaiki paip bocor di salah satu laluan kenderaan untuk keluar dari Pekan Tenghilan, dekat sini.

 Difahamkan, masalah paip bocor itu yang kini berlanjutan sehingga lebih 6 bulan lamanya perlu dibaiki segera memandangkan keadaannya yang dilihat boleh mengancam keselamatan pengguna jalan termasuk kawasan kedai berdekatan.

Tinjauan  mendapati keadaan memang sama seperti yang diceritakan penduduk di kawasan pekan itu dan mengakui ada air yang mengalir keluar dari bawah (tanah) dan kini kawasan itu sudah mulai berlubang menyebabkan air dari dalam tanah sehinggakan kawasan itu bertakung sepanjang masa.

Beberapa pemilik kedai yang ditemui memberitahu, kejadian sama sehingga mengakibatkan jalan berlubang di kawasan meletak kenderaan berdekatan kedai pekan sebelum ini dipercayai juga disebabkan saluran paip yang sama, cuma kedudukannya berbeza.

“Keadaan jalan sini yang selalu berair dan kelihatan seperti ada mata air di dalam tanah benar-benar membimbangkan kami kerana kami sudah mulai cuak dengan kejadian tanah runtuh (merujuk beberapa kejadian tanah runtuh di kawasan itu pada Januari lalu) di sana-sini baharu-baharu ini,” kata mereka.

“Saya percaya ada paip yang terselindung di sebalik jalan berturap yang merupakan laluan pengguna untuk ke jalan besar kerana keadaannya yang sering berair walaupun bukan musim hujan, malah kini semakin ketara kerana kelihatannya seakan-akan ada mata air melihat jumlah air yang mengalir keluar,” kata Lucy, 50an.

Seorang lagi penduduk dari kampung berdekatan, Alfred, 36 tahun, berkata, beliau menyedari keadaan itu sudah lama tetapi tidak pasti sama ada perkara itu disengajakan atau sudah ada pihak yang membuat laporan kepada pihak berkaitan untuk membaikinya atau bagaimana.

“Tetapi rasanya sudah hampir setahun keadaan ini berlanjutan, tambahan pula kini semakin banyak kenderaan berat melalui kawasan ini untuk membuat jalan, sudah tentu kesannya bertambah teruk nanti hinggakan mengakibatkan jalan runtuh atau berlubang,” katanya.

Justeru, mereka berharap masalah itu dapat dibaiki segera demi kebaikan semua pihak.

Komen


Berita Berkaitan