Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,644

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Penduduk bersyukur akhirnya dapat Geran Komunal

3:23pm 20/10/2016 Leolerry Lajius 256 views Tempatan
Bakampong Mawtui (kanan) dan Yarimih Korou (kiri).PENERANGAN

Bakampong Mawtui (kanan) dan Yarimih Korou (kiri).PENERANGAN

NABAWAN : Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman menyerahkan geran komunal Kampung Logonggon, Pagalungan dengan keluasan 8,600 ekar kepada 339 benefisiari atau penerima geran berkenaan, pada Selasa.

Ketua Kampung Sikait, Bakampong Mawtui, 47, melahirkan rasa syukur kerana telah dipilih sebagai salah seorang benefisiari setelah menunggu dalam tempoh yang agak panjang.

“Saya berharap para pengusaha akan berusaha dengan baik dan mengikuti cadangan dan keperluan yang telah dicadangkan.

“Kami akan menanam kelapa sawit secara berkelompok agar anak-anak muda tidak perlu keluar berkeja di tempat lain,” luahnya dengan gembira dan bersemangat.

Selain itu, beliau juga berharap kerajaan dapat mencepatkan pembinaan jalan raya untuk kemudahan dan keselesaaan masyarakat berkerja dan menjual hasil pertanian.

Rakannya, Yarimih Korou, 31, dari Kampung Sabuyoh juga sangat teruja kerana pertama kali beliau dapat berjumpa dan melihat sendiri pemimpin nombor satu Sabah pada majlis tersebut.

“Saya berasa sangat teruja dan gembira kerana ini merupakan pertama kali saya dapat berjumpa dengan Ketua Menteri Sabah.

“Perjalanan 30 minit dari kampung terasa sangat berbaloi apabila kami berpeluang bermesra dengan barisan pemimpin,” ujarnya.

Beliau turut berharap melalui lawatan tersebut, kerajaan dapat mempertimbangkan pembinaan sekolah menengah di kawasan kampung berkenaan.

Kata Yamirih pembinaan sekolah itu nanti dapat membantu mengurangkan kadar keciciran pelajar ke sekolah di samping mengurangkan kerisauan ibubapa untuk menghantar anak-anak bersekolah di tempat yang dari rumah./PENERANGAN-

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan