Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penduduk berisiko banjir diminta patuh arahan pihak berkuasa

Sapawi bersama pegawai kastam dan polis sedang meninjau jeti yang roboh akibat air laut yang deras berhampiran dengan pejabat Kastam Sipitang. - foto Dzul Kassim
Sapawi bersama pegawai kastam dan polis sedang meninjau jeti yang roboh akibat air laut yang deras berhampiran dengan pejabat Kastam Sipitang. – foto Dzul Kassim

SIPITANG – Penduduk yang tinggal di kawasan berisiko banjir di daerah itu diminta supaya mengikut arahan pihak berkuasa sekiranya diarahkan berpindah ke pusat penempatan sementara.

Gesaan itu dibuat oleh Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad, bagi memastikan keselamatan penduduk terlibat banjir memandangkan situasi banjir yang berlaku kali ini adalah yang terburuk dalam tempoh 10 tahun.

“Kita khuatir akan keselamatan dan nyawa penduduk jika mereka enggan berpindah segera ekoran banjir yang berlaku di Sipitang pada kali ini adalah luar biasa, malah banyak kampung telah ditenggelami air.

“Justeru, saya minta penduduk supaya berhati-hati dan memandang serius situasi banjir yang berlaku ini demi kebaikan mereka,” katanya selepas meninjau beberapa kampung yang dilanda banjir di Dewan Lumadan dan Dewan Masyarakat Sipitang, di sini hari ini.

Sapawi (dua dari kanan) mendengar  permasalahan mangsa banjir semasa melawat pusat pemidahan banir di dewan Sipitang. - foto Dzul Kassim
Sapawi (dua dari kanan) mendengar permasalahan mangsa banjir semasa melawat pusat pemidahan banir di dewan Sipitang. – foto Dzul Kassim

Sapawi yang juga Pengarah Yayasan Sabah turut menggesa pemimpin masyarakat seperti ketua kampung dan pengerusi jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) bekerjasama dengan Jawatankuasa Bencana Alam Daerah bagi melancarkan tugas mereka.

Beliau berkata, ia perlu bagi memastikan maklumat situasi banjir dan informasi berkaitan penduduk yang masih belum dipindahkan mampu disalurkan dengan segera kepada jawatankuasa itu untuk tindakan segera.

Seramai 127 orang daripada 58 keluarga telah dipindahkan ke pusat pemindahan di Dewan Lumadan manakala 129 orang daripada 34 keluarga pula di Dewan Masyarakat, Sipitang. – oleh Aryan De Vera / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan