Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pendirian PKR dan Pakatan tidak bersatu

Jeremy ketika berucap pada majlis itu.
Jeremy ketika berucap pada majlis itu.

NABAWAN: Ahli  Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedamaian Jeremy Malajad menjelaskan penyertaan beliau dalam Barisan Nasional (BN) melalui Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) adalah atas kesedaran bahawa hanya BN sahaja yang boleh memberi pembangunan kepada rakyat.

Katanya, penyertaannya dalam BN juga mendapat restu daripada rakyat yang memberi sokongan kepada beliau atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihanraua Umum ke 13 (PRU13) lepas.

Ini katanya, kerana mereka (rakyat) di kawasan Kedamaian juga menyedari bahawa hanya BN yang boleh membawa pembangunan kepada rakyat khususnya di luar Bandar.

“Saya mengambil keputusan menyertai BN kerana melihat dalam gagasan pembangkang saya tidak dapat berbuat apa-apa untuk memberi pembangunan kepada rakyat di kawasan saya” katanya semasa berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kg. Tataluan Sepulut pada Ahad lepas. Majlis itu dirasmikan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Pensiangan Tan Sri Joseph Kurup.

Jeremy yang juga Naib Presiden PBRS berkata, beliau meninggalkan PKR kerana hilang keyakinan kepada PKR dan Pakatan kerana pendirian mereka tidak jelas untuk bersatu.-Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan