Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,737

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pendidikan yang sempurna merupakan pelaburan paling berharga

4:48pm 19/11/2016 Leolerry Lajius 10 views Pendidikan,Tempatan

 

Sandakan : Pendidikan sempurna yang diberikan kepada anak-anak merupakan satu pelaburan paling berguna kepada rakyat kata Adun Sekong, Datuk Samsudin Yahya.

 

Beliau berkata, pendidikan bukan sahaja kunci kepada pembasmian kemiskinan, malah ia juga mampu membina generasi muda yang berwibawa.

 

“Pendidikan merupakan langkah pertama ke arah membina keupayaan dan juga sebagai nadi penggerak serta pemangkin kemajuan negara yang perlu digalas oleh semua pihak demi membina generasi yang berilmu dan berakhlak,” katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika berucap Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang 2016 Sekolah Kebangsaan Segaliud, Sandakan baru-baru ini.

 

Samsudin yang juga Ketua UMNO bahagian Batu Sapi seterusnya berkata, proses pembelajaran kanak-kanak bermula di peringkat pra-sekolah.

 

Katanya, ia merupakan satu proses pembelajaran untuk membantu meningkatkan pencapaian mereka dalam bidang akademik sebelum melangkah ke alam persekolahan.

 

“Kerajaan memang menyedari betapa pentingnya ilmu pengetahuan kepada generasi muda dan telah meletakkan pendidikan sebagai agenda penting pembangunan nasional,” ujar beliau.

 

Pada pembentangan Bajet 2017 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak turut mengumumkan peruntukan Pemberian Bantuan Persekolahan RM100 kepada setiap pelajar daripada keluarga berpendapatan sehingga RM3 ribu, memanfaatkan 3.5 juta murid RM1.1 bilion bagi Bantuan Makanan Asrama untuk 365 ribu murid RM300 juta bagi Rancangan Makanan Tambahan 1Malaysia kepada murid sekolah rendah untuk bidang pendidikan ujar beliau.

 

Samsudin seterusnya berkata, walau dalam apa keadaan sekalipun, sebarang usaha untuk memberi  pendidikan kepada anak-anak haruslah diberi keutamaan.

 

“Sistem pendidikan yang baik dapat mempengaruhi pembentukan masyarakat dan mampu menangani cabaran masa depan dalam era serba mencabar.” katanya.

 

Beliau juga menyarankan agar golongan ibu bapa bergerak seiring dengan peranan guru bagi mendidik anak-anak mereka.

 

“Ibu bapa harus prihatin dan perlu menitikberatkan pendidikan selain aktiviti anak-anak dalam menentukan hala tuju dan masa depan mereka,” katanya.

 

Jelas beliau anugerah Pelajar Cemerlang merupakan satu pengiktirafan yang diberikan sebagai tanda pengiktirafan kepada murid-murid yang telah berkerja keras untuk menempah kejayaan.

 

“Dengan adanya penganugerahan ini, saya meletakan harapan yang tinggi agar ianya menjadi pemangkin kepada murid-murid lain, akan terus gigih berusaha, bagi mencapai kecemelangan dalam pendidikan.

 

Sementara itu beliau turut menyarankan ibu bapa agar peka dengan persekitaran anak-anak mereka, dengan memberi sokongan kepada pihak sekolah sebagai dorongan kejayaan anak-anak mereka.

Kerajaan melalui pelbagai agensinya, sentiasa sahaja komited, untuk memberi bantuan bagi tujuan melahirkan pelajar yang cemerlang dan berjaya, kata beliau./SayangSabah

 

Terima kasih....Samsudin menyampaikan anugerah kepada salah seorang pelajar yang menerima anugerah pelajar cemerlang.

Terima kasih….Samsudin menyampaikan anugerah kepada salah seorang pelajar yang menerima anugerah pelajar cemerlang.

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan