Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pendidikan prasekolah penting dalam membentuk jati diri anak-anak

2:12pm 11/11/2015 Elezebeth Esther Onjining 49 views Tempatan,YB Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid

Datuk Jainab menyampaikan sijil konvokesyen kepada semua pelajar tadika SK Likas

Datuk Jainab menyampaikan sijil konvokesyen kepada semua pelajar prasokolah SK Likas

KOTA KINABALU- Pendidikan prasekolah merupakan pendidikan asas yang penting bagi kanak-kanak untuk perkembangan hidup mereka selain menerima pendidikan awal dari rumah.

Menurut Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang besar dalam membentuk jati diri anak- anak mereka agar menjadi manusia yang berguna.

“Saya menyeru semua ibubapa agar tidak mengabaikan kepentingan anak-anak mereka terutamanya dalam memberikan pendidikan yang secukupnya yang bermula dari pendidikan prasekolah ini.

“Anak-anak merupakan masa depan setiap ibubapa dan sikap mereka dibentuk melalui pendidikan awal yang diterima oleh mereka”, katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Konvokesyen Prasekolah Sekolah Kebangsaan  Likas 2015, di sini, pagi tadi.

Turut hadir dalam majlis tersebut  Pengerusi Majlis Permuafakatan Pra- Sekolah SK Likas, Izhar  Manan. Oleh Elezebeth Esther/ Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan