Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,759

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pendidikan membangun kemahiran

3:23pm 08/11/2015 Ann Vivien 14 views Isu Semasa,Tempatan
Hamisa melawat pameran yang diadakan.

Hamisa melawat pameran yang diadakan.

TAWAU: Pendidikan memainkan peranan penting dalam anjakan paradigma kearah keusahawanan dan kepimpinan, kata Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi M aklumat, Datuk Hamisa Samat.

Beliau berkata, bahawa ini penting untuk melonjakkan transformasi ekonomi negara daripada negara berpendapatan sederhana kepada berpendapatan tinggi menjelang 2020.

“Kerajaan juga percaya bahawa kualiti pendidikan tetap menjadi bidang  keutamaan bagi pembaikan berterusan. Dalam mengusahakan pendidikan keusahawanan, kita perlu sedar yang kita juga harus menghadapi pelbagai cabaran yang berbeza intensitinya di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Mini Karnival Pendidikan dan Keusahawanan Mini RTC Merotai Besar, di Dewan Terbuka Merotai Besar, Tawau hari ini.

Menurut Hamisa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjong Batu, pendidikan keusahawanan ini penting dan merupakan komponen penting dalam menjana masyarakat yang kreatif dan berinovasi.

“Pendidikan dan keusahawan seharusnya sealiran untuk melengkapkan golongan muda dengan kemahiran dan sifat-sifat keusahawanan supaya  mereka dapat menyumbang secara berkesan kepada dunia pekerjaan dan
perniagaan.”

Jelas Hamisa ilmu keusahawanan perlu bermula dari peringkat sekolah dimana pelajar  didedahkan dengan ilmu keusahawanan dan penerapan nilai-nilai dan ciri-ciri seorang usahawan supaya timbul kesedaran dan minat untuk menceburi bidang tersebut.-Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan