Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pendidikan berkualiti penentu pembangunan negara

Edward Yong bergambar kenangan bersama pelajar dan tenaga pengajar semasa konvokesyen tersebut. - Foto Alexion   Mairin / Sayangsabah
Edward Yong bergambar kenangan bersama pelajar dan tenaga pengajar semasa konvokesyen tersebut. – Foto Alexion Mairin / Sayangsabah

KOTA KINABALU  – Ilmu kemahiran dan pendidikan merupakan dua faktor utama yang perlu dimiliki dalam menghadapi cabaran era dunia tanpa sempadan pada masa kini, kata Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ir Edward Yong.

Bagaimanapun, beliau berkata perbezaan tahap kualiti ilmu kemahiran, pendidikan dan pengalaman yang dimiliki oleh setiap insan mampu mempengaruhi kejayaan dalam membantu pembangunan sesebuah negara.

“Usaha perlu ditingkatkan dalam memastikan mutu perkhidmatan dan pengalaman pembelajaran yang berkualiti tinggi dapat diberikan kepada para pelajar bagi membolehkan mereka berdaya saing dan seterusnya menjadi peneraju pasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis Konvokesyen Sabah Institute of Art (SIA) dan Universiti Inter-Amerika yang berlangsung di YTL Auditorium, Universiti Malaysia Sabah di sini hari ini.

“Memiliki segulung ijazah bukan jaminan untuk anda mencapai cita-cita kerjaya yang diimpikan, tetapi ia adalah sebagai bukti bahawa anda ingin dan boleh mempelajari sesuatu bidang,” katanya lagi sambil menambah bahawa proses pembelajaran berterusan kehidupan yang sebenar bermula selepas graduan terbabit menerima sijil masing-masing.

Sementara itu, beliau turut mengucapkan tahniah kepada 43 orang graduan yang berjaya menerima sijil diploma masing-masing dalam majlis konvokesyen tersebut.

Pada majlis itu, seramai tiga pelajar menerima Diploma Rekaan Fesyen, Diploma Rekaan Grafik (20), Diploma Rekaan Dalaman (9) dan Diploma Muzik (11).

Komen


Berita Berkaitan