Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pendidikan berkualiti jamin generasi muda miliki kehidupan lebih baik

Bobbey dan rombongan disambut dengan tarian oleh kanak-kanak Pra Sekolah SK Kebu Baru. - foto Kalawon Sawing
Bobbey dan rombongan disambut dengan tarian oleh kanak-kanak
Pra Sekolah SK Kebu Baru. – foto Kalawon Sawing

NABAWAN – Pendidikan berkualiti menjamin anak-anak menjadi individu yang lebih berguna serta memiliki kualiti hidup lebih baik pada masa hadapan.

Sehubungan itu, golongan ibu bapa perlu memberi keutamaan kepada pendidikan anak-anak mereka kerana hanya dengan pendidikan sahaja memudahkan mereka mendapat pekerjaan terutama dalam sektor perkhidmatan awam.

Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri, Datuk Bobbey Suan berkata, dalam hal ini ibu bapa perlu bertanggungjawab dalam memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan sehingga ke peringkat lebih tinggi.

“Mereka yang berpendidikan tinggi bukan semata-mata untuk mencari pekerjaan dalam sektor perkhidmatan awam tetapi  apabila seseorang itu berpendidikan tinggi hidup mereka lebih berkualiti.

“Justeru, dengan adanya pendidikan yang tinggi seseorang itu boleh berdikari berbekalkan pengalaman dan pengetahuan hasil daripada pendidikannya,” katanya semasa berucap merasmikan “Ilau Katulaian” (Majlis Kecemerlangan) Sekolah Kebangsaan (SK) Kebu Baru, di sini hari ini.

Bobbey berkata, ibu bapa memainkan peranan sebagai pendidik diperingkat awal sebelum anak-anak melangkah ke alam persekolahan dan tugas itu tidak seharusnya diletakkan kepada guru-guru sepenuhnya. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan