Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,728

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pendidikan agama perlu diterap dari kecil- Hamisa

4:31pm 18/06/2016 Elezebeth Esther Onjining 17 views Tempatan
KENANGAN... Hamisa bersama Persatuan Khairun Nisa, disini

KENANGAN… Hamisa bersama Persatuan Khairun Nisa, disini

TAWAU- Ibubapa perlu menerapkan ilmu agama dalam diri anak- anak sejak kecil kerana ia akan membantu mereka supaya lebih berjaya dalam kehidupan mereka, kata Datuk Hamisa Samat.

Beliau yang merupakan Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat berkata pelbagai masalah timbul dan dilihat dalam masyarakat pada hari ini.

“Masyarakat hari ini begitu sibuk dengan tugas masing-masing, kita dapat lihat hari ini yang mana pusat jagaan atau pusat asuhan kanak-kanak tumbuh bagaikan cendawan kerana mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat.

“Ia tidak cukup sekadar itu sahaja kerana selain penjagaan keselamatan, ibu bapa perlu memberikan ilmu secukupnya kepada anak yang merupakan bakal menjadi pemimpin negara pada masa hadapan, ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Tadarus dan Khatam Al Quran di Masjid An Nur Kg. Pasir Putih Tawau anjuran Persatuan Khairun Nisa, disini.

Hamisa ysng juga Adun Tanjong Batu berkata sebagai ibu bapa kita yang akan mencorakkan anak menjadi individu yang baik atau sebaliknya, cara kita mendidik anak perlulah dengan cara terbaik.

” Apabila di sekolah, guru akan mengajar tetapi apabila di rumah tugas ibu bapa pula adalah untuk mendidik anak dengan menyuruh anak mempraktikkan apa yang diajar guru,” katanya.

Hamisa berkata, kini masyarakat tertekan dengan ekonomi negara yang tidak menentu dengan kos minyak, harga barang yang tinggi, namun kita tetap memberikan pendidikan kepada anak dengan menghantar mereka ke sekolah.

Menurutnya, beliau turut menyarankan ibu bapa hari ini tidak lupa memberikan pendidikan agama kepada anak masing-masing.

“Ilmu agama dan akademik sama penting dan perlu seimbang. Ilmu agama adalah sebagai persediaan ke akhirat manakala ilmu akademik berguna dalam menjalani kehidupan di dunia ini. Kepada ibu bapa, mereka perlulah menunjukkan teladan yang baik kepada anak.

“Contohnya, jangan sesekali menghisap rokok di hadapan anak sebab ia akan mendorong anak menghisap rokok yang menjadi punca seseorang itu terjebak dengan gejala dadah,” katanya. – SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan