Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pendidikan agama penting

Rosnah

PAPAR:  Pendidikan agama memainkan peranan penting dalam membentuk personaliti pelajar yang meliputi aspek emosi, intelek dan rohani seiring dengan falsafah pendidikan negara.

Ahli Parlimen Papar, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, perkara itu jelas apabila ibu bapa kini berlumba-lumba menghantar anak masing-masing untuk mendalami pendidikan agama selain pendidikan kurikulum.

“Pendidikan agama menjadi pilihan ibu bapa sebagai salah satu benteng yang boleh mengawal tingkah laku anak mereka.

“Mereka mulai sedar apabila peningkatan masalah sosial dalam kalangan golongan muda berlaku berikutan kurangnya didikan agama selain tidak mempunyai jati diri kukuh,” katanya ketika berucap merasmikan Sekolah Agama Rakyat Kampung Lepasan Kinarut di sini semalam.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya berkata, penerapan pendidikan agama sejak kecil penting bagi memberi asas baik supaya anak-anak dapat menilai sesuatu perkara sebelum bertindak.

Katanya, ibu bapa mungkin berbangga dengan pencapaian anak-anak dalam subjek kurikulum tetapi harus berasa malu sekiranya pelajar cemerlang itu tidak tahu perkara asas agama.

“Seorang pelajar itu tidak berjaya sepenuhnya jika mereka hanya cemerlang dalam akademik kurikulum sebaliknya ‘gagal’ dalam perkara asas pendidikan agama.

“Oleh itu, kecemerlangan seseorang pelajar ini tidak boleh diukur daripada pencapaian mereka dalam bidang kurikulum sebaliknya perlu bergerak seiring dengan pendidikan agama,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan