Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,689

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Penderma Dana RM2.6 Bilion Tak Harapkan Balasan – Najib

10:18am 09/12/2015 Pak Roshan 769 views Mutakhir,Politik
Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung Umno 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Selasa malam.

Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung Umno 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Selasa malam.

KUALA LUMPUR – Penderma dana politik berjumlah RM2.6 bilion tidak mengharapkan sebarang balasan, demikian dedah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengakuan itu dinyatakan Najib yang juga Presiden Umno pada sesi taklimat tertutup di hadapan lebih 5,000 perwakilan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015.

Memaklumkan perkara itu, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Najib bersifat terbuka ketika berucap menyentuh mengenai kontroversi derma politik tersebut.

“Beliau nyatakan pihak yang memberikan derma dalam dana politik berkenaan not expecting in return, tidak memerlukan sebarang pulangan daripada sumbangan yang diberikan itu.

“Beliau juga nyatakan mana-mana parti politik memerlukan dana, dana sebagai alat dan bukan matlamat,” katanya pada sidang media selepas sesi Taklimat Presiden sempena PAU 2015 di sini, Selasa malam.

Turut sama pada sidang media itu ialah seorang lagi Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Selain itu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, Najib turut memberitahu perwakilan bahawa kerajaan kini berhadapan cabaran ekonomi yang ditimbulkan berdasarkan fakta tidak benar.

Kata Ahmad Zahid, selain isu dana politik berjumlah RM2.6 bilion, dakwaan penyelewengan membabitkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) turut menyumbang kepada cabaran berkenaan.

“Datuk Seri Najib menyatakan bahawa beliau perlu membetulkan fakta-fakta yang telah diselewengkan oleh serangan-serangan yang pelbagai, terutamanya apabila seorang tokoh menyatakan bahawa negara ini akan menjadi miskin dan rakyat menjadi pengemis.

“Mengenai dana RM2.6 bilion, walaupun perkara ini dijelaskan banyak kali, presiden terpaksa jelaskan lagi secara rasmi kepada perwakilan malam ini.

“Rasional yang diberikan itu memang terbukti sebagai sesuatu yang tidak melibatkan wang 1MDB atau wang rakyat. Hal ini dijelaskan dengan cukup panjang lebar,” katanya. – mStar Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan