Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,662

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pendekatan turun padang tambat hati rakyat

12:56pm 07/05/2016 Elezebeth Esther Onjining 30 views Tempatan
Hamisa bersama masyarakat dalam Program Gotong Royong dan Makan Sekampung di Kampung Kalabakan, disini

Hamisa bersama masyarakat dalam Program Gotong Royong dan Makan Sekampung di Kampung Kalabakan, disini

TAWAU- Mendekati rakyat menerusi pelbagai pendekatan menarik dapat menambat hati dan menyelami permasalahan rakyat di kawasan, kata Adun Tanjong Batu, Datuk Hamisa Samat

Menurut Hamisa, pendekatan turun padang yang diamalkan selama ini perlu diperluaskan melalui program yang dianjur dengan penglibatan masyarakat setempat.

“Tidak kira sama ada pemimpin atau puhli biasa, semua perlu turun padang termasuk mengadakan program berkunjung dari rumah ke rumah untuk mendekati rakyat,” katanya semasa merasmikan Program Gotobg Royong dan Makan Sekampung dengan penduduk Kampung Kalabakan,disini.

Menurut Hamisa yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknoligi Maklumat memibta semua pemimpin masyarakat berperanan penting dalam membantu pembangunan sesuatu kawasan terutamanya Dun Tanjong Batu.

“Pemimpin masyarakat diibaratkan sebagai sebuah jambatan yang menghubungkan antara kerajaan dan penduduk dalam memastikan kemajuan berterusan sesebuah tempat,”katanya.

Tambah Hamisa, melalui pemimpin masyarakat kerajaan akan dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi penduduk dan akan berusaha untuk mengatasinya.- SayangSabah

IMG-20160507-WA0045

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan