Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pendekatan sesuai tangani isu larangan memasak dalam bangunan taska di Sabah – Stephen

SANDAKAN, 6 Sept (Bernama) — Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat negeri akan mencari pendekatan sesuai menangani isu larangan memasak dalam bangunan taska yang dikemukakan oleh Persatuan Perkhidmatan Taska Sabah.

Menterinya Stephen Wong Tien Fatt berkata beliau bimbang sekatan tersebut akan mengakibatkan semakin banyak Taska ditutup di negeri ini kerana gagal mendapatkan lesen.

Katanya pada masa sama sekiranya banyak Taska ditutup akan menimbulkan masalah pengangguran.

“Saya prihatin dengan isu larangan memasak di dalam bangunan Taska dan akan mengadakan perbincangan dengan pihak berkenaan untuk mencari pendekatan yang terbaik untuk menangani masalah tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Wong yang juga Anggota Parlimen Sandakan berkata isu larangan memasak di taska itu dikemukakan oleh Pengerusi Persatuan Perkhidmatan Taska Sabah Zubaidah Sidek ketika mengadakan perjumpaan dengannya semalam di pejabatnya di Kota Kinabalu.

Katanya arahan itu  dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam meluluskan permohonan sesebuah taska.

Menurutnya ia menyebabkan ramai pengusaha taska di negeri ini mengalami kesukaran dalam pembaharuan dan permohonan lesen Taska.

Wong berkata Zubaidah memaklumkan selama ini pengusaha Taska di negeri ini mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa dan jarang berlakunya kes kebakaran Taska di Sabah.

Beliau turut dimaklumkan oleh Zubaidah bahawa arahan itu menyukarkan pihak Taska yang mengutamakan pemakanan yang sihat dan seimbang kepada kanak-kanak.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan