Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PENDEKATAN BAHARU MAJUKAN POIC LAHAD DATU & SANDAKAN

KOTA KINABALU: Kerajaan baharu mempunyai pendekatan terkini bagi memajukan sepenuhnya potensi Kelompok Industri Minyak Sawit (POIC) Lahad Datu dan Sandakan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata, strategi-strategi perniagaan serampang empat mata berkenaan akan membuka lebih banyak potensi ekonomi khususnya di wilayah timur Sabah.

“Dengan ini juga dijangka akan mewujudkan pelbagai potensi pelaburan yang besar dan sektor logistik, perkapalan dan pembuatan.

“Proses ini seterusnya dijangka akan mengubah wilayah timur Sabah khususnya POIC Lahad Datu menjadi pusat pertumbuhan ekonomi yang baharu bagi negeri Sabah,” katanya dalam Sidang Dewan Undangan Negeri hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk James Ratib (Upko-Sugut) mengenai pendekatan terkini kerajaan untuk memajukan lagi sepenuhnya potensi POIC Lahad Datu dan Sandakan.

Madius yang juga Menteri Perdagangan dan Perindustrian berkata terdapat empat strategi utama perniagaan akan diambil oleh kerajaan sebagai pendekatan berkenaan.

“Mewujudkan pelbagai industri di POIC Lahad Datu untuk menjana volum kargo dan mengambil kelebihan ke atas kedudukan strategi geografi untuk membangunkan pusat industri berkelompok ini menjadi sebuah hub logistik serta pembahagian pukal di rantau Asean.

“Selain itu, mengambil kira potensi logistik Selat Lombok-Makassar iaitu pusat laluan kapal-kapal laut kedua tersibuk di Asia selepas Selat Melaka.

“Dan mempromosikan wilayah timur Sabah sebagai sempadan terakhir sumber-sumber utama Asia dan kepentingan POIC Lahad Datu dalam konteks ini,” jelasnya. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan