Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pendedahan Awal Kepada Sejarah Penting Bagi Membangunkan Negara – Musa

Datuk Seri Musa Aman

Datuk Seri Musa Aman

KOTA KINABALU : Pendedahan awal kanak-kanak kepada sejarah Malaysia yang unik adalah penting untuk menggalakkan penyertaan mereka dalam proses membangunkan negara, kata Ketua Menteri Datuk Musa Aman.

Beliau berkata ia juga penting bagi anak-anak muda untuk memahami bahawa perpaduan juga tidak kurang pentingnya untuk mencapai status negara maju.

“Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai budaya adalah kekuatan dan aset paling besar yang mewujudkan keharmonian kaum dan agama, yang dicemburui oleh negara lain,” kata beliau ketika merasmikan pertandingan “Art of Nation Building” di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Tugas-tugas Khas Negeri Datuk Teo Chee Kang.

Musa berkata oleh kerana pembangunan adalah aspek penting dalam membangunkan negara, kerajaan negeri telah berusaha untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi penduduk Sabah melalui pelbagai program seperti Agenda Pembangunan atau Halatuju.

Mengenai “Art of Nation Building”, Musa berkata pertandingan melukis itu bukan sahaja akan membantu meningkatkan semangat patriotik di kalangan orang muda tetapi memberi mereka peluang untuk menyampaikannya melalui ciptaan seni mereka.

Tahun lepas, pertandingan seni bertemakan “Hari Jadi Malaysia” diadakan dari Julai hingga Ogos di seluruh negeri, dengan 5,189 penyertaan dari sekolah rendah dan menengah

Pada acara hari ini, Teo menyampaikan trofi kepada pemenang utama dalam tiga kategori: Joel Sia Zhao Yu dari SJK Chung Hwa, KK (rendah atas); Lai Ming Qin dari Sekolah Tinggi Cina Sabah, Tawau (menengah rendah); dan Chen Yee Kee dari Sekolah Menengah Kian Kok, KK (menengah atas).

SJKC Chung Hwa, KK menerima hadiah bagi jumlah tertinggi penyertaan sementara 30 peserta dari beberapa sekolah menerima hadiah sagu hati.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan