Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pendatang Tanpa Izin Ceroboh 15.3 Hektar Hutan Simpan Bakau Di Sandakan

rumahbakau

SANDAKAN: Jabatan Perhutanan Sabah menahan 13 pendatang tanpa izin yang membuka penempatan haram di kawasan hutan simpan bakau di sekitar daerah ini dalam satu operasi bersepadu.

Pengarahnya Datuk Sam Mannan berkata pendatang terbabit diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut manakala 88 buah rumah yang didirikan secara haram dirobohkan dalam operasi tiga hari bermula 26 Mei lalu.

Operasi bersepadu itu melibatkan Polis, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran dan Jabatan Kastam, katanya dalam satu kenyataan Jumaat.

Kawasan hutan simpan bakau yang terlibat antaranya adalah di Sungai Saliha, Tambaha, Tandawan, Samaguan, Sekong Kecil, Inda Baru, Lansikan, Papahan, Tigowis, Lamiring dan Tambahan.

Sebelum itu, katanya, jabatan telah mengeluarkan notis selama tiga hari mulai 7 April lalu mengarahkan lebih 1,400 pendatang yang mendirikan lebih 300 rumah secara haram supaya keluar dari kawasan hutan simpan itu.

Ada yang mengikut arahan itu dengan merobohkan rumah terbabit sebelum keluar dari kawasan itu.

Beliau berkata dalam operasi itu juga mendapati beberapa buah rumah diduduki penduduk tempatan dan mereka diberi tempoh enam bulan untuk keluar dari kawasan hutan itu.

Katanya tindakan itu dilakukan mengikut Seksyen 20(1)(b)(i) Enakmen Hutan 1968 dan langkah susulan akan diambil untuk memantau kawasan berkenaan bagi memastikan pendatang tanpa izin atau orang tempatan tidak menceroboh semula.

Menurutnya projek pemulihan hutan dengan aktiviti penanaman semula akan dilakukan menggunakan spesies pokok bakau yang sesuai dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata operasi sama akan diperluaskan ke daerah lain di negeri ini secara berperingkat-peringkat.

Komen


Berita Berkaitan