Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,645

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pendatang Afrika Menang Besar Loteri Hari Natal

10:37am 25/12/2015 Pak Roshan 859 views Global
WARGA Senegal, Ngame (kanan) bercakap kepada wartawan apabila mengetahui dirinya menang hadiah utama loteri Hari Natal di Sepanyol. - Foto AFP

WARGA Senegal, Ngame (kanan) bercakap kepada wartawan apabila mengetahui dirinya menang hadiah utama loteri Hari Natal di Sepanyol. – Foto AFP

MADRID – Kira-kira 35 pendatang Afrika termasuk seorang yang diselamatkan dari bot yang sarat dengan penumpang adalah antara pemenang hadiah utama loteri Hari Natal di Sepanyol, kata pemilik agensi loteri itu.

Agensi loteri itu menjual 1,000 tiket bernilai 400,000 euros (RM1.8 juta).

Pemilkik agensi loteri itu, Jose Martin berkata, pemenang terbabit membeli tiket di bandar Roquetas de Mar termasuk pendatang dari Senegal, Mali dan Maghribi.

Antara pemenang bertuah ialah seorang warga Senegal bernama Ngame yang berkata, dia dan isterinya diselamatkan oleh pengawal pantai Sepanyol pada 2007 apabila bot yang dinaiki bersama 65 orang belayar dari pantai barat Afrika menuju Pulau Canary, Sepanyol.

Ketika di luar agensi loteri itu, Ngame menitiskan air mata apabila dia menggenggam salinan tiket bertuah dengan nombor 79,140.

Katanya, dia berterima kasih kepada Sepanyol kerana menyelamatkan nyawanya dan memberinya peluang untuk bermain dalam loteri terkenal di negara itu.

“Hari ini saya ucap terima kasih kepada kerajaan Sepanyol, dan juga kepada rakyat Sepanyol.

Mereka menyelamatkan saya apabila berada di tengah laut,” katanya. – AP/BH ONLINE

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan