Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pendapatan Penjual Bunga Di Kundasang Merosot Akibat Gempa Bumi

bunga

RANAU : Hasil pendapatan penjual bunga di Kundasang yang terletak di kaki Gunung Kinabalu di sini merosot sejak gempa bumi melanda daerah ini bulan lepas.

Jasni Sabirin, 40 dari Kampung Dumpiring Atas dekat sini berkata ini berikutan kekurangan pelancong yang datang ke daerah ini.

“Selepas gempa bumi itu, keadaan di sini lengang. Tiada pelancong yang singgah untuk membeli bunga.

Pendapatan saya menjual bunga telah merosot dari RM500 sehari kepada RM40 hingga RM50 sehari,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini.

Jasni, yang menjalankan perniagaannya itu sejak lima tahun lalu, menjual pelbagai jenis bunga seperti bunga ros, daisy dan kekwa yang sentiasa mendapat sambutan daripada pelancong dalam dan luar negara.

Sementara itu, Siti Jinah Ghani, 54 dari Kampung Cintamata di sini juga mengakui hasil pendapatannya menjual bunga terjejas sehingga beliau terpaksa menutup gerai bunganya di Pekan Kundasang selama seminggu sejak gempa bumi itu berlaku.

Bagaimanapun, beliau bersyukur kerana masih boleh berniaga sayur yang sedikit sebanyak membantu pendapatan keluarganya.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan