Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pendakwah luar diminta patuhi peraturan

Mohd. Arifin (tengah) berbincang dengan pendakwah luar, Al Fadhil Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari yang merupakan Pemimpin Majlis Ta'alim Al Mujtaba. - foto Aryan De Vera / SayangSabah
Mohd. Arifin (tengah) berbincang dengan pendakwah luar, Al Fadhil Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari yang merupakan Pemimpin Majlis Ta’alim Al Mujtaba. – foto Aryan De Vera / SayangSabah

KOTA KINABALU – Pendakwah luar yang ingin melaksanakan sebarang kegiatan dakwah Islamiah di Sabah diminta supaya mematuhi peraturan ditetapkan termasuk meminta kebenaran daripada jabatan dan majlis agama Islam di negeri ini.

Pembantu Menteri Di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Mohd. Arifin Mohd. Arif berkata, syarat ditetapkan itu wajar bagi memastikan dakwah disampaikan sesuai dengan budaya serta senario masyarakat pelbagai kaum dan agama di Sabah.

Katanya, pendakwah luar terlibat juga perlu mempunyai surat tauliah mengajar daripada jabatan agama di tempat asal termasuk akan ditemuduga bagi memastikan mereka layak dan mempunyai ilmu untuk menyampaikan dakwah.

“Kita mengalu-alukan sebarang gerakan dakwah di negeri ini dan dari mana saja mereka datang, namun mereka harus mematuhi prosedur agar memahami mengenai kaedah serta budaya berdakwah di Sabah yang berbeza di tempat lain. Paling penting, selain dakwah Islamiah dapat dikembangkan, aspek keharmonian turut terpelihara kerana ia merupakan citra masyarakat di Sabah yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama,” katanya ketika sidang media di pejabatnya, di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Mohd. Arifin mengumumkan pihaknya akan melaksanakan Program Perkaderan pada tahun ini bagi melahirkan tokoh pendakwah dan penceramah berwibawa di Sabah. – oleh Aryan De Vera / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan