Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pendaki warga British tersilap langkah turun dari Gunung Kinabalu

3:47pm 19/08/2016 Pak Roshan 3216 views Berita Pilihan,Mutakhir,Ranau,Tempatan

heli

RANAU: Seorang wanita British dikenali sebagai Gillian Jane berusia 37 tahun telah tersilap langkah semasa turun dari puncak Gunung Kinabalu di kedudukan Kilometer 7.2 bada kira-kira jam 7.30 pagi hari Rabu.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Ranau, Jimmy Lagung yang mengesahkan perkara itu kepada media memberitahu bahawa semasa kejadian, mangsa dipercayai telah terpisah dari kumpulan pendakiannya.

“Setelah berjaya mendaki ke puncak, kumpulan terbabit turun sebelum mangsa terpisah dari kumpulannya. Kita difahamkan pada suatu ketika semasa turun berseorangan, mangsa telah tergelincir dan jatuh,” jelas beliau.

Menurut Jimmy lagi, mangsa bernasib baik kerana tidak lama selepas insiden itu, dia ditemui oleh tiga orang Malim Gunung yang kebetulan lalu di laluan terbabit yang seterusnya menghubungi anggota MOSAR.

“Kejadian berlaku kira-kira 50 meter dari Checkpoint Sayat-Sayat di mana para anggota MOSAR berada dalam keadaan bersiap sedia bagi menangani sebarang insiden seumpama ini.

“Anggota MOSAR bergegas ke tempat kejadian dan mendapati mangsa dalam keadaan keperitan dan sedang menangis kesakitan sambil mengulangi bahawa buku lali kaki kirinya terseliuh.

“Anggota MOSAR bersama seorang Pegawai Taman Kinabalu merawat mangsa dan membalut kawasan kecederaan sebelum dibawa turun ke Laban Rata Menggunakan teknik Stretcher (JUNKIN Stretcher) dan Membuat “Human Anchor”.

“Secara perlahan-lahan mereka menurunkan mangsa menggunakan tali 12mm yang dipinjam daripada Agensi Mountain Torq di kawasan Red Zone yang curam,” tambah Jimmy lagi.

Menurut beliau, mangsa telah mendapat Khidmat Helikopter SABAH AIR di mana pasukan MOSAR dibantu oleh para Pegawai Taman Kinabalu membawa turun mangsa ke Laban Rata Sebelum ketibaan Helikopter pada jam 10.15 pagi.

Mangsa diterbangkan terus ke Kota Kinabalu di mana sebuah ambulans menunggu di Bukit Layang-Layang sebelum mengejarkan mangsa ke Gleneagles Hospital Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut. – NewSabahTimes

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan