Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pendaki sesak nafas, muntah darah atas Gunung Kinabalu

8:41pm 02/09/2016 Pak Roshan 8592 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
Sekadar Gambar Hiasan

Sekadar Gambar Hiasan

RANAU: Seorang pendaki lelaki warga tempatan terpaksa menerima bantuan kecemasan selepas mengadu sesak nafas di kawasan Laban Rata semasa aktiviti mendaki Gunung Kinabalu pada Rabu.

Mangsa Mohd Hidayat Ghazali, 27, yang mendaki bersama 19 rakan yang lain telah mengadu mengalami sesak nafas dan mendakwa muntah darah sebelum diselamatkan anggota PBB MOSAR.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ranau, Jimmy Lagung ketika mengesahkan insiden itu kepada media memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 7.45 malam pada hari Selasa seterusnya menggerakan operasi menyelamat.

“Seramai lima anggota PBB MOSAR tiba di lokasi dengan bantuan dua Pegawai Taman-Taman Sabah telah menggunakan teknik Piggy Back Carry untuk menurunkan mangsa ke stesen layang-layang kerana mangsa tidak mampu untuk berjalan sendiri.

“Operasi membawa turun mangsa bermula jam 8.35 malam dan tiba di Stesen Layang-Layang pada jam 9.50 malam tetapi terpaksa berteduh dan berehat di sana kerana cuaca hujan,” jelas beliau.

Menurut Jimmy, operasi diteruskan jam 6.30 pagi pada keesokannya sehingga mangsa selamat sampai ke Pondok Timpohon seterusnya mangsa diserahkan kepada pihak ambulans untuk dibawa ke Hospital Ranau kira-kira jam 9.55 pagi. – NewSabahTimes

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan