Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pendaki Sabah cedera parah jatuh Gunung Mulu

MIRI: Seorang pendaki wanita berasal dari Sabah cedera parah setelah terjatuh semasa mendaki Gunung Mulu petang semalam.

Ketua Bomba dan Penyelamat Miri Law Poh Kiong berkata, berdasarkan maklumat awal diterima mangsa Tan Fung Chu, 35, mengalami kecederaan di bahagian tulang belakang setelah terjatuh dari Kem 3 Gunung Mulu pukul 6 petang.

Akibat kecederaan itu, mangsa tidak dapat bergerak dan pihak bomba menggunakan khidmat Unit Udara Bomba untuk membawa mangsa ke Hospital Miri, katanya di sini hari ini.

Law berkata, mangsa telah dinaikkan ke atas helikopter Bomba menggunakan teknik “winching” dan terus dibawa ke Hospital Miri untuk rawatan selanjutnya.

Pada 27 Mac lalu, seorang pendaki lelaki warga Britain, Nigel Bevan mati akibat kecederaan parah di kepala setelah terjatuh ketika mendaki Gunung Mulu.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan