Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pendaki Malaysia Pernah Tawan Everest Ditemui Maut

SEORANG pendaki Malaysia yang pernah mendaki Gunung Everest tahun lalu meninggal dunia ketika mendaki gunung lain di Nepal.

Lapor The Star, Raman Nair Hachoodan, 43, meninggal dunia ketika melakukan pendakian di Gunung Ama Dablam yang terletak di wilayah Himalaya, Nepal Timur.

Mayat Raman telah ditemui dari sebuah jurang sekitar 5,300 meter di atas paras laut selepas dia hilang selama lima hari sejak 15 Mei 2018.

Pihak penganjur ekspedisi sudah cuba melakukan pencarian di daratan dan udara daripada awal namun gagal kerana masalah cuaca.

Menurut rakannya, K. Nagarajoo berkata, bapa Raman sedang berada di Nepal bagi menguruskan jenazah pendaki itu untuk dibawa pulang ke Malaysia.

“Dia adalah orang yang sangat berdedikasi ketika mengembara. Dia sangat menyayangi alam semula jadi. Beliau berkata alam adalah agama. Ini kerugian besar bagi masyarakat yang tidak menikmatinya,” katanya.

Terdahulu, Raman yang berasal dari Shah Alam berjaya sampai ke puncak gunung tertinggi dunia itu pada 20 Mei 2017 dan dia sendiri mengakui sangat sukar baginya dalam pendakian tersebut.

“Ia adalah perasaan yang hebat untuk menyentuh bumbung bumi.

“Kerja keras dan latihan saya berbayar. Ia adalah perkara yang paling sukar yang saya lakukan dalam hidup saya,” kata Raman tahun lalu. – MYNEWSHUB/MIZE

Komen


Berita Berkaitan