Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,642

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pendaki Hilang Ditemui Mati Di Gunung Kinabalu

10:33am 03/10/2016 Pak Roshan 4685 views Mutakhir,Ranau,Tempatan

mosar

KOTA KINABALU: Seorang pendaki warga Singapura yang dilaporkan hilang ketika latihan untuk acara Climbathon Antarabangsa Gunung Kinabalu awal pagi Sabtu ditemui mati.

Mayat Woon Tai Kiang ditemui dalam gaung sedalam 150 meter dekat Sayat-Sayat yang juga pusat pemeriksaan terakhir sebelum pendaki melakukan pendakian ke puncak gunung.

Mayat mangsa ditemui pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung (Mosar) kira-kira pukul 7.30 pagi Ahad.

Difahamkan Woon meninggal dunia selepas mengalami kecederaan teruk di kepala ketika tergelincir dari trail dan terjatuh ke dalam gaung.

Namun pasukan Mosar masih belum mengesahkan punca kematian kerana mereka sedang dalam proses membawa turun mayat mangsa.

Maklumat lanjut mengenai punca nahas akan diketahui lewat petang ini.

Acara climbathon antarabangsa itu yang ditangguhkan selama setahun susulan kejadian gempa bumi di Ranau, Sabah pada 5 Jun 2015, dijadualkan berlangsung pada 16 Oktober ini. – MS

14448788_196420177455409_571392742736702025_n 14520327_196420124122081_5668123671629911457_n 14572769_196420140788746_7939618621095841246_n

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan