Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,794

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pencuri tayar simpanan kereta ditangkap

10:07pm 22/02/2016 Leolerry Lajius 1934 views Jenayah,Tempatan
Kelakuan salah seorang suspek yang dirakam dalam video tersebut.

Kelakuan salah seorang suspek yang dirakam dalam video tersebut.

KOTA KINABALU: Pihak polis menahan dua orang suspek lelaki kerana didapati terlibat dengan kes mencuri tayar simpanan.

Video berdurasi 0.59 saat mengenai kelakuan suspek mencuri tayar simpanan juga  telah menjadi viral di laman sosial beberapa hari yang lalu yang dirakam oleh orang awam dan telah mendapat perhatian ramai.

Ekoran daripada kejadian tersebut, pihak polis telah mengambil tindakan segera untuk mengesan suspek serta kenderaan yang digunakan oleh suspek sewaktu kejadian curi tayar simpanan tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, pada 19 Februari yang lalu, bertempat di kaki lima Blok L Taman Sri Rugading Tuaran Sabah, sepasukan anggota Polis telah menangkap dua  orang suspek tersebut dan salah seorang daripada suspek  didapati adalah suspek lelaki yang ’di viralkan’ mencuri tayar simpanan tersebut.

“Suspek dipercayai terlibat dengan empat kejadian kes curi tayar gantian kereta di sekitar Manggatal dan Inanam yang melibatkan nilai kerugian sebanyak RM1,400,”katanya.

Suspek yang ditangkap juga didapati mempunyai rekod jenayah lampau iaitu suspek yang berusia 36 tahun pernah ditahan pada tahun 2007 dan 2014 di bawah Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala rakan suspek yang berusia 23 tahun juga pernah ditahan pada tahun 2015 atas kesalahan serupa.

Chandra juga menasihati orang ramai agar mengunci tayar gantian mereka bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379A (1) dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang dari setahun dan tidak lebih dari 7 tahun dan juga boleh dikenakan denda. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang

Chandra menunjukkan kenderaan milik suspek yang digunakan untuk mencuri.-Gambar Oleh Alex Mairin

Chandra menunjukkan kenderaan milik suspek yang digunakan untuk mencuri.-Gambar Oleh Alex Mairin

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan