Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Niat pencuri tidak kesampaian

KOTA KINABALU – Hasrat dua lelaki tempatan untuk mencuri satu tong gas memasak dari sebuah kuaters, tidak kesampaian apabila kedua-dua suspek diberkas polis di Gereja Stella Maris, Tanjung Aru di sini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner M.Chandra berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek yang berumur awal 20an itu merupakan penduduk di sekitar kawasan berkenaan.

Dalam kejadian jam 3.15 pagi itu, pengadu yang juga pengawal keselamatan gereja itu sedang melakukan tugas meronda sebelum terdengar bunyi bising dari arah dapur kuaters.

“Semasa membuat pemeriksaan, pengadu ternampak dua lelaki cuba melarikan tong gas dari kuaters berkenaan,” katanya sambil menambah pengadu kemudian segera menghubungi polis untuk bantuan.

Siasatan lanjut di tempat kejadian didapati tiada barang yang hilang dan suspek mengaku menceroboh masuk ke dalam kuaters tersebut melalui pintu dapur yang tidak berkunci.

Kedua-dua suspek kemudian dibawa ke Ibupejabat Polis Daerah Kota Kinabalu untuk disiasat di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan.
– Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan