Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pencuri pulangkan batu selepas 20 tahun nasib buruk\

Batu peluru lastik Roman yang dipulangkan bersama nota daripada pencuri. - Foto Pihak Berkuasa Antik Israel (IAA)
Batu peluru lastik Roman yang dipulangkan bersama nota daripada pencuri. – Foto Pihak Berkuasa Antik Israel (IAA)

Tel Aviv: Seorang pencuri mengembalikan dua batu arkeologi Roman bersama nota menyatakan dia mengalami nasib yang tidak menyenangkan selama 20 tahun memilik batu berkenaan.

Menurut Pihak Berkuasa Antik Israel (IAA), batu lastik berusia 2,000 tahun itu diambil dari bandar purba Gamla di Bukit Golan, Israel, pada Julai 1995 dan dikembalikan dalam beg kepada Muzium Budaya Islam Dan Timur Jauh di Beersheba bersama nota pencuri berkenaan.

Nota dalam bahasa Hebrew itu berbunyi: “Ini ialah dua batu peluru balista (lastik) Roman from Gamla, dari tapak penempatan di kaki Bukit Golan.

“Saya mengambilnya pada Julai 1995 dan sejak itu tidak membawa sebarang faedah kecuali masalah. Tolong jangan curi artifak purba.”

Dia bagaimanapun, tidak menceritakan masalah dihadapinya.

Menurut IAA, hampir 2,000 batu peluru lastik itu ditemui Gamla yang digunakan tentera Rome menentang Yahudi bagi menawan bandar di atas puncak bukit itu.

Ia bukan kali pertama pencuri mengembalikan artifak yang dicuri kerana sebelum ini seorang penduduk Tel Aviv mengembalikan keranda yang diletakkannya dalam bilik tidur. – Skynews/HMetro

Komen


Berita Berkaitan