Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,735

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pencuri motorsikal dipenjara 20 bulan

7:58pm 11/01/2016 Elezebeth Esther Onjining 30 views Jenayah,Tempatan

KOTA KINABALU- Seorang pekerja kilang ayam dihukum penjara selama 20 bulan oleh Mahkamah Majistret, hari ini atas kesalahan mencuri sebuah motorsikal.

Tertuduh, Jamal Said, 43 yang dibawah ke hadapan Majistret Cindy Mc Juce Balitus melakukan kesalahan tersebut di hadapan kedai Red One, Putatan pada jam lebih kurang 1 pagi pada 21 November, tahun lalu.

Jamal dihukum dibawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda.

Menurut fakta kes, mangsa telah meletakkan motorsikal miliknya dihadapan kedai Red One untuk bersama kawan ke bandar dengan menaiki kereka rakannya itu. Lebih kurang jam 5 pagi, mangsa mendapati bahawa motorsikalnya telah hilang.Siasatan mendapati bahawa mangasa tidak memasang kunci tambahan dan hanya menggunkan kunci pada leher motorsikal tersebut. Tertuduh telah mematahkan kunci dan membawa lari motorsikal itu menggunakkan motorsikal yang lain. Perbuatan tertuduh telah dirakam oleh kamera litar tertutup daripada kedai permainan hiburan keluarga sebaris dengan kawasan kejadian.

Dalam mitigasi, tertuduh mohon agar hukuman ringan dikenakan keatasnya.

Pendakwaan dilakukan oleh Inspektor Insfandiar Dr Japri. -Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan