Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,726

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pencuri kempunan kereta Isuzu D-Max

10:37am 02/12/2015 Leolerry Lajius 1832 views Jenayah,Mutakhir

KOTA KINABALU: Hasrat seorang lelaki berumur 23 tahun untuk menyamun sebuah kereta Isuzu D-max di kawasan parkir kereta Warisan Square kelmarin  tidak kesampaian apabila perbuatannya disedari oleh orang awam.

Saspek yang juga seorang peniaga sayur itu dilihat oleh saksi dalam keadaan yang mencurigakan sedang membuka pintu kereta itu yang selang sebuah kereta dari kereta saksi.

Saspek cuba untuk melarikan diri apabila ditanya oleh saksi namun berjaya ditangkap oleh saksi dan rakannya.

Hasil soal siasat mendapati saspek aktif melakukan kegiatan pecah kereta di kawasan Kota Kinabalu dan pernah terlibat dalam dua kes pecah kereta di kawasan Warisan Square dan Api-api.

Saspek ditahan reman sehingga 3 December dan kes disiasat dibawah seksyen 379/511 Kanun Keseksaan. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

12319729_1013599712033640_1953276200_n

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan