Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,769

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pencuri halimunan

9:33am 21/11/2016 Pak Roshan 5000 views Global
SUSPEK menunjukkan daging yang dicurinya dari sebuah pasar di Enugu, Nigeria. - Agensi

SUSPEK menunjukkan daging yang dicurinya dari sebuah pasar di Enugu, Nigeria. – Agensi

Enugu, Nigeria: Seorang lelaki yang menyangka dia menjadi halimunan selepas membeli tangkal daripada seorang bomoh hampir maut akibat dibelasah orang ramai apabila ditangkap mencuri di sebuah pasar di sini baru-baru ini.

Lelaki itu ditangkap ketika sedang membawa keluar sejumlah daging yang dimasukkan ke dalam guni di tempat penyimpanan di pasar berkenaan.

Lebih malang lagi, suspek turut dibogelkan sebelum dibelasah orang ramai.

Dia juga hampir dibunuh tetapi sempat diselamatkan anggota polis yang tiba di lokasi kejadian.

Siasatan polis mendapati suspek sering mencuri daging di pasar berkenaan sebelum menjualnya dengan harga yang lebih murah. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan