Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pencuri dalam mesin basuh pinggan

10:32am 15/10/2016 Pak Roshan 1031 views Global
POLIS menemui lelaki yang mereka buru di dalam mesin basuh pinggan.

POLIS menemui lelaki yang mereka buru di dalam mesin basuh pinggan.

Glogow: Tindakan seorang pencuri untuk menyembunyikan diri gagal selepas polis berjaya menemuinya dalam mesin basuh pinggan mangkuk.

Polis menyerbu sebuah rumah di Glogow, barat daya Poland, selepas mendapat maklumat lelaki berusia 30 tahun yang dikehendaki kerana satu kes curi berada di rumah berkenaan.

Dia tidak membuka pintu apabila polis tiba di premis itu, lapor akhbar Gazeta Lubuska.

Sebaliknya, lelaki berkenaan melompat ke tingkat bawah rumah itu dan bersembunyi di dalam mesin pasuh pinggan.

Video yang viral menunjukkan polis membuka beberapa almari di dapur yang gelap, sebelum mereka membuka mesin membasuh pinggan dan menemui lelaki itu di dalamnya.

Polis berkata, lelaki itu mabuk ketika ditangkap.

Ini bukan kali pertama mesin basuh pinggan mangkuk menjadi tempat persembunyian.

April lalu, seorang banduan melarikan diri ketika dirawat di sebuah hospital di Texas, Amerika Syarikat.

Setelah puas mencarinya, polis akhirnya menemui lelaki berkenaan dalam mesin basuh pinggan di apartmen teman wanitanya. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan