Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pencuri cincin ditahan di Zurich

pencuri cincin

KUALA LUMPUR: Dua suspek utama yang mencuri dua bentuk cincin bernilai RM1.5 juta di pusat beli-belah di ibu negara 14 Ogos lalu berjaya ditahan Polis Antarabangsa INTERPOL di Zurich, Switzerland, kelmarin.
Difahamkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menunggu maklumat lanjut daripada pihak berkuasa negara itu berhubung penahanan kedua-dua penjenayah terbabit.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Rasdi Ramli berkata, suspek berjaya dijejaki menerusi hebahan disalurkan badan Perlindungan Tukang Emas Antarabangsa (WD) kepada semua pasukan INTERPOL di seluruh dunia.
Menurutnya, pihak PDRM akan menyiapkan laporan permohonan bagi mendapatkan perintah ekstradisi membawa kedua-dua suspek yang dipercayai berasal dari Taiwan ke negara ini.
“Langkah itu bertujuan membolehkan siasatan dilakukan terhadap suspek.
“Permohonan akan dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara. Bagaimanapun kita masih menunggu butiran lanjut berhubung tangkapan itu selain bekerjasama dengan pasukan INTERPOL di sini,” katanya.
Menurutnya, suspek turut dikehendaki polis beberapa negara lain atas pembabitan jenayah sama sejak tahun 2012.
Dalam kejadian berkenaan, kedua-dua suspek berusia lingkungan 30-an melarikan dua bentuk cincin masing-masing bernilai RM1.2 juta dan RM280,000 dari dua pusat jualan barangan kemas eksklusif di pusat beli belah terkemuka di Bukit Bintang dan KLCC.

Komen


Berita Berkaitan