Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pencuri bekalan elektrik dikenakan tindakan undang-undang

Sesi sidang media mengenai operasi bersepadu bagi membanteras penyambungan elektrik secara haram di kawasan setinggan.
Sesi sidang media mengenai operasi bersepadu bagi membanteras penyambungan elektrik secara haram di kawasan setinggan.

SANDAKAN – Pencuri bekalan elektrik akan berdepan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 37(3) Akta Bekalan Elektrik 1990 sekiranya didapati bersalah terlibat kegiatan itu.

Pengarah Kawasan Pantai Barat Sabah, Suruhanjaya Tenaga, Nazlin Ab. Alim Sidiki berkata, tindakan itu bagi membanteras penyambungan elektrik secara haram yang serius terutama di Kota Kinabalu serta daerah-daerah di Pantai Timur Sabah.

Menerusi operasi bersepadu yang akan dilaksanakan bersama beberapa agensi lain, kita berharap dapat mendakwa mereka yang didapati terlibat dalam penyambungan haram. Kita mahu membanteras kegiatan ini sekaligus mengelak kemalangan jiwa seperti yang menimpa anggota Bomba baru-baru ini,” katanya selepas Mesyuarat Koordinasi Operasi Bersepadu Membanteras Penyambungan Elektrik Haram di Dewan Masyarakat Sandakan hari ini.

Operasi bersepadu berkenaan akan dilaksanakan Suruhanjaya Tenaga bersama Esscom, PDRM, SPRM, SESB, Majlis Perbandaran Sandakan, Jabatan Imigresen serta Jabatan Air.

Sementara itu, Komander Esscom, Dato Abd Rashid Harun memberitahu pihaknya memandang serius perkara berkenaan dan akan memberi komitmen penuh sepanjang operasi dilaksanakan. Oleh AA / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan