Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Penculikan: Musa Aman Alu-alukan Persetujuan Filipina

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

KOTA KINABALU : Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman menyambut baik keputusan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte membenarkan pasukan keselamatan negara memasuki perairan negara itu bagi misi memburu penculik dan penganas secara merentas sempadan.

Selain Malaysia dan Filipina, kerjasama trilateral itu turut melibatkan Indonesia dalam usaha menghapuskan insiden penculikan khususnya melibatkan warganegara Malaysia.

“Ini adalah perkembangan positif ke arah membendung insiden penculikan di Sabah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata keputusan membenarkan mana-mana pasukan keselamatan dari ketiga-tiga negara untuk memasuki sempadan bagi mengejar penculik atau pengganas akan meningkatkan peluang menangkap pelaku jenayah rentas sempadan.

Persetujuan tersebut dicapai selepas Duterte mengadakan mesyuarat bilateral bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, di Putrajaya, semalam.

Musa juga mengalu-alukan persetujuan Duterte untuk menghantar pulang secara berperingkat pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Filipina di Sabah.

“Kami berharap kerjasama berterusan dengan kedua-dua negara jiran kita – Filipina dan Indonesia – dapat mengekalkan keamanan dan keselamatan serta hubungan bilateral dan perdagangan,” katanya.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan