Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,716

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Penculikan di Sabah: “Kenapa kita yang dipersalahkan?” – KPN

12:39pm 04/11/2016 Pak Roshan 5068 views Mutakhir,Nasional

khalid

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyangkal dakwaan pemimpin kumpulan pemisah Islam Filipina bahawa ada warga Malaysia yang terlibat dalam insiden penculikan di pantai timur Sabah yang pernah meragut nyawa rakyat Malaysia suatu masa dahulu.

“Itu dakwaannya. Namun, yang menjadi masalahnya orang-orangnya (Nur Misuari) yang telah menculik rakyat kita. Sepatutnya dia (Nur Misuari) perlu menjaga orang-orangnya. Kenapa kita pula yang dipersalahkan?” soal Khalid.

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada kenyataan Nur Misuari yang merupakan Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF).

Dalam laporan di portal berita Filipina, Nur Misuari telah mendakwa warga Malaysia merupakan dalang penculikan habuan kewangan di perairan pantai timur Sabah.

Tambahnya, beliau mempunyai bukti bagi dakwaan tersebut.

Menurut Nur Misuari, beliau tidak akan teragak-agak untuk membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan, termasuklah mahkamah antarabangsa. – AWANI

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan